Lelaki Taurus
Kebaikan
Begitu setia dan mengambil berat. Bercinta dengan lelaki Taurus samalah seperti berada dalam situasi yang selesa dan selamat. Tak ada perubahan ‘cuaca’ yang mendadak pada moodnya – dari sudut emosi, mereka agak konsisten dan setiapkali melafazkan kata cinta kepada anda, si dia akan benar-benar setia dengan kata-katanya itu. Kalau boleh dia mahu perhubungan yang kekal abadi. Mereka begitu ingin kan kestabilan dan keselamatan dalam hubungan cinta, kewangan dan kesejahteraan rumahtangga. Seorang yang amat perktikal, kamu boleh bergantung harap pada nya pada setiapkali ada masalah dan waktu yang memerlukan anda membuat keputusan yang penting dia adalah tempat rujukan terbaik.
Keburukan
Sangat degil, bila ada mula mengeluarkan pendapatnya yang amat berbeza, jangan haraplah kamu -dapat mengubah pendapatnya. Suka berlengah-lengah dan sekiranya kamu memintanya melakukan sesuatu perkara dengan cepat, dia selalu meminta kamu bertenang dulu. Semua akan dilakukannya. Sedangkan tindakannya amatlah lambat. Apa-apa sahaja yang dilakukan, sudah dibuat perancangan terlebih dahulu, jadi janganlah nak mengharap sesuatu yang lari dari tajuk atau sesuatu yang berlaku secara spontan. Lagi satu, perkara buruknya… “luka mungkin akan sembuh, tetapi parutnya tetap ada!” Jadi, janganlah sesekali meluka kan hatinya atau mengecewakanya kerana lelaki Taurus susah nak memaafkan seseorang yang pernah melakukan kesalahan dengannya. Jika anda mengecewakannya, si dia akan sedih dan kesannya akan mengambil masa yang lama untuk hilang.
Tips
Kepercayaan adalah sesuatu yang penting. Bila berkata-kata atau melakukan sesuatu buat dengan jujur dan bersungguh-sungguh dan yang penting, jangan katakan sesuatu yang anda tidak maksudkan. Lelaki Taurus sukakan apa yang selesa buat dirinya, jadi berikan sahaja apa yang dimahukannya. Hargai apa sahaja apa yang dilakukan untuk anda dan cuba jangan terlalu boros dalam perkara yang anda ingini, jimatkan sikit duitnya! Dia akan menghargai sikap bertolak ansur anda itu.
Lelaki Gemini
Kebaikan
Seorang yang periang, peramah dengan sedikit sikap kelakar yang tidak melampau dan seorang yang agak aktif, anda merasa seronok menghabiskan masa bersama ketika saat-saat menyeronokkan dan ketika memenuhi tuntuan kehidupan sosial yang agak sibuk bersamanya. Mereka mempunyai semangat tidak pernah mengaku kalah pada kekurangan hidup dan sentiasa memberikan galakan dan dorongan kepada anda agar terus tabah dan sabar dalam menghadapi hidup yang penuh ujian ini. Dia juga suka mencuba sesuatu yang baru dalam hidup. Jadi tidak hairanlah kalau kerjayanya sering bertukar. Ia sedikit sebanyak akan memberikan perubahan dalam kehidupan anda bersamanya. Mereka juga mempunyai pemikiran yang bijak dan pantas dalam membuat sesuatu keputusan serta berfikiran terbuka. Mereka juga suka berbincang tentang perkara-perkara ‘bijak’ dan meluas dalam kehidupan. Perkara sebegini menjadi satu punca utama yang menguatkan lagi keakraban anda berdua.
Keburukan
Si dia suka enjoy dengan perempuan lain menyebab kan anda selalu makan hati. Pemikirannya selalu bertukar-tukar sehingga menyebabkan anda terbaksa mengingatkannya “Jangan setakat cakap saja besar, pratikkan!” Kebosanan akan menyebabkan mereka menjadi semakin tertekan dan tak boleh nak duduk diam. Dengan aktiviti yang banyak termasuk aktiviti kerja dan kawan-kawan keliling pinggang, mungkin si dia susah sikit nak duduk diam dalam rumah.
Tips
Berseronoklah dengan lelaki Gemini anda. Aktiviti sosial yang spontan dan romantik serta meriangkan jiwa anda membuatkan perhubungan anda sentiasa ceria. Buat satu kejutan untuk si dia – ia sedikit sebanyak membantu menyemarak kan perasaan cinta anda berdua dan apa yang penting tidak membuatkan si dia berasa jemu dengan anda. Jadilah seorang yang optimistik kerana lelaki Gemini sukakan wanita optimistik, tak nampak bosan sangat pada matanya yang agak mencabar! Lagipun lelaki Gemini sukakan wanita yang berkeyakinan tinggi.
Read More…
February 9, 2009
Categories: Idea, Tips Cinta . Tags: cara memikat lelaki, cinta, romantik, zodiak . Author: panduancinta . Comments: 3 Comments